Tuesday, June 21, 2011

SELAMAT TINGGAL ROKOK.

Saya mula merokok sekitar tahun 1985 sewaktu berusia 22 tahun. Bermula dengan sekadar mencuba, akhirnya saya menjadi perokok tegar. Sejak beberapa tahun kebelakangan, saya merokok antara 30 ke 40 batang sehari. Dalam tahun 2007, saya cuba berhenti. Cuma sebulan saya bertahan.Lepas tu saya merokok semula.

November tahun lepas, saya betul-betul nekad. Saya dah tak tahan lagi. 26 tahun menyedut tar dan nikotin. 26 tahun mereka yang saya sayangi menyedut asap dari rokok saya. Saya membazirkan RM20 sehari dari pendapatan yang tak seberapa ini untuk rokok. Hanya satu yang perlu saya lakukan yakni mengucapkan Selamat Tinggal Rokok.

21 November 2010 saya telah diperkenalkan dengan Royale Smoke E - Vaporiser (rokok letrik) oleh Megat Bashirun Qhuyum - tunang Raja Farah (sekarang suami. Saya dan Megat sama-sama membeli satu set dengan harga RM200. Sejak menghisap Vaporiser, saya mula meninggalkan rokok Marlboro. Selepas 3 hari menggunakan vaporiser, saya mula rasa tak sedap. Rasanya tak sama macam rokok sebenar.

Hari keempat, saya mula mencari rokok. Sewaktu sampai di kedai, tiba-tiba hati saya berbisik. Kalau dah 3 hari tak hisap rokok, kenapa perlu beli lagi...kenapa perlu hisap balik? Saya terus nekad. Selamat Tinggal Rokok.

Kini saya dah 7 bulan bebas rokok. Saya bahagia tanpa rokok. Semoga saya tidak kembali kepada tabiat buruk itu.