Sunday, December 6, 2009

KEDAH - TANAH TUMPAH DARAHKU

TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT BERMAIN. Walaupun lebih 25 tahun berada di perantauan, saya tetap tidak melupakan negeri kelahiran saya, Kedah Darul Aman. Kampung Sematang Gunung, Alor Janggus, Gunung Keriang dan bandar Alor Setar tetap dalam ingatan saya.

Gambar-gambar klasik pemandangan bandar Alor Setar yang saya jumpa di laman Memori Kedah segera menggamit nostalgia. Saya bukan saja ingin kembali ke tempat itu, malah kalau boleh ingin kembali ke zaman itu.

PEKAN RABU



Setiap kali mengikut nenek ke Alor Setar, pasti akan singgah di Pekan Rabu.

PANGGUNG EMPIRE



Tempat saya menonton filem Hindustan. Filem terakhir yang saya tonton di sini ialah QURBANI lakonan Zeenat Aman dan Feroz Khan.

SPU DAN STADIUM DATO' SYED OMAR.



SPU (Syarikat Perniagaan Utara) adalah tempat saya menunggu bas. Ia terletak bersebelahan dengan Stadium Dato' Syed Omar. Saya selalu ke sini untuk menonton pertandingan badminton atau sepaktakraw. Di sini juga selalu diadakan pesta buku. Gambar di atas diambil ketika SPU belum wujud. Yang kelihatan hanyalah Stadium Dato' Syed Omar.

Stadium tu pun dah tak ada lagi. Di tapak itulah sekarang terletaknya Hotel City Villa.