Monday, October 5, 2009

DIPETIK DARI BLOG DIARI LUSUH SHAHRIZA MAHMUD

TRIVIA Zulkifli Ismail di Pasaran!




Pelakon yang terkenal dalam siri GERAK KHAS, Zulkifli Ismail mempunyai pelbagai cerita yang menarik yang dikumpulkan di dalam kotak fikirannya. Dia umpama sebuah mesin pencerita. Setiap kali bertemu maka akan ada saja cerita yang menarik yang akan diceritakannya. Bagaikan seorang penglipurlara, dia bercerita dengan gaya bersahaja dan selamba di kala teman-teman ketawa tak kering gusi.

Walau sudah bergelar seorang pelakon dan telah lama bermastautin di Kuala Lumpur, namun loghat Kedahnya masih pekat di bibir. Pun begitu, dia tidak pernah kekok untuk bergaul dengan sesiapa sahaja. Idea untuk membukukan segala cerita yang dikumpulnya telah lahir bertahun dahulu tetapi ianya mengambil sedikit waktu untuk dilaksanakan atas alasan tugasannya yang tidak pernah henti sebagai anak seni.


Bukan mudah untuk melihat seorang pelakon yang juga seorang penulis yang bagus. Walaupun buku ini bukan novel cinta atau sajak yang puitis tetapi ianya bakal meninggalkan kuntuman senyum di wajah anda.

Tak rugi memiliki sebuah buku TRIVIA setebal 256 mukasurat, susunan Zulkifli Ismail ini. Cetakan pertama cuma 1,000 unit. Siapa cepat dia dapat!





Mesej ATAU email Riza jika mahu menempah buku TRIVIA:
yoriza@yahoo.com

HARGA: RM20
KOS HANTARAN POS LAJU: Anggaran RM5, mengikut kawasan

Friday, September 18, 2009

TRIVIA


ALHAMDULILLAH. Setelah sekian lama tertangguh, akhirnya buku saya TRIVIA kini berada di pasaran. Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu merealisasikan impian saya.

Pelancaran TRIVIA telah dilakukan oleh Dato' Mustapha Maarof, Presiden SENIMAN pada 11 September 2009 di Dataran Karyawan FINAS.



Seusai pelancarannya, naskah pertama telah dibeli oleh Pengerusi FINAS, Datuk Wong Kam Hong.





TRIVIA dijual dengan harga RM20 senaskah (RM23 untuk Sabah dan Sarawak. Sesiapa yang berminat sila dapatkan di kedai buku berhampiran. Saudara juga boleh tinggalkan nombor telefon untuk saya hubungi.

Saturday, August 29, 2009

MERDEKA


Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara Yang Ke-52.

MERDEKA!

MASIH ADA YANG SAYANG

DIPETIK DARI LAMAN WWW.KARYAWAN.COM.MY





Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez (tengah) dan ahli jawatankuasa Seniman, Zulkifli Ismail (kanan) memerhatikan Penolong Pengarah Komunikasi Korporat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Mohd Fazli Abd Aziz menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 di bawah Skim Belaan Artis dan Karyawan Seni 2009 kepada pelakon komedi era 70an, Nuruk Kamal Mohd Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Kamal Pendek di Rumah Persatuan Orang-Orang Kerdil.

Sumbangan itu disalurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Skim Belaan Artis dan Karyawan Seni 2009. Beliau memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM20,000 untuk menampung kos rawatan akibat sakit tulang belakang sejak tiga tahun lepas.

Gambar credit to BERNAMA



 



DIPETIK DARI THE STAR



Veteran comedian needs help





Freddie Fernandez (standing left), Malaysian Artistes’ Association (Karyawan) president and committee member Zulkifli Ismail helping comedian Nurul Kamal Mohd Sidek to his feet yesterday.

The association came forward to donate RM10,000 to Kamal’s cause.

Kamal, or better known as Kamal Pendek, was a household name back in the 70s, but these days his main concern is having enough cash in his pocket to pay for his medical treatment.

Kamal, who is suffering from a chronic spinal cord problem, is in need of financial aid to help pay for his hefty medical bills. —Bernama

Friday, July 24, 2009

PENGALAMAN BERLAKON SEBAGAI PEREMPUAN







Ramai kawan-kawan dan peminat masih bertanya tentang lakonan saya sebagai perempuan, walaupun drama tu ditayangkan di tv kira-kira 20 tahun lalu. Mungkin kerana saya adalah diantara artis lelaki Malaysia yang paling awal melakonkan watak perempuan. Malah lebih awal daripada Dustin Hoffman yang berlakon sebagai perempuan dalam Tootsie.

Tajuk drama tu PENGASUH. Pengarahnya AB AMKAH dan diterbitkan oleh NR Productions. Pelakon-pelakon lain termasuklah TANTIANA HAMZAH, AIDA SALMAH, MEOR AHMAD ZAUDI, EFFA ISMAIL dan RADEN ZAIHAN (GHANI MARTOPO).

Dalam drama tersebut saya berlakon sebagai seorang pemuda bersama Zahid yang dah penat mencari kerja tetapi masih gagal. Pada suatu hari Zahid ternampak notis PEMBANTU RUMAH DIKEHENDAKI dan cuba memohon, tetapi malangnya, kata tuan rumah tu jawatan itu hanya untuk perempuan. Kata tuan rumah tu lagi (lakonan Aida Salmah), lelaki tak pandai jaga budak.

Zahid rasa tercabar. Keesokannya Zahid datang lagi ke rumah tu, tetapi kali ini, dia menyamar sebagai perempuan bernama Zahidah dan berjaya mendapat pekerjaaan tersebut. Zahid jatuh hati dengan orang gaji rumah sebelah (lakonan Tantiana) dan dalam masa yang sama suami tuan rumah (lakonan Meor Ahmat Zaudi) pula jatuh hati dan menggoda Zahidah.

Itu kali pertama saya berlakon sebagai perempuan dan ini pula kali kedua.


Kali ini untuk drama TAK LOGIK arahan Tony Francis Gitom terbitan KUASATEK PICTURES. Saya berlakon sebagai isteri dan Aida rahim sebagai suami. Bagaimanapun itu cuma untuk babak mimpi.

TAK LOGIK mengisahkan mengenai masalah yang timbul apabila gaji isteri jauh lebih tinggi daripada suami. Saya dan Aida Rahim adalah sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak istimewa. Memandangkan gaji saya lebih rendah, saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak. Setiap hari, Aida keluar ke pejabat dan saya akan melakukan semua kerja-kerja rumah, termasuk memasak, mengemas rumah dan membasuh pakaian.

Sebagai seorang wanita yang berjawatan tinggi, Aida sering balik lewat. Saya menunggunya di sofa sampai tertidur.Ketika itulah saya bermimpi. Dalam mimpi tersebut, saya merasakan rumahtangga kami dah terbalik. Seolah-olah saya ni isteri dan Aida suami.

Thursday, July 9, 2009

MENGENANG TOK ITAM - MOYANG SAYA



ITAM BIN HAJI OSMAN
(1887 - 1947)

Allahyarham Itam bin Haji Osman adalah moyang saya yakni bapa kepada datuk sebelah mak saya. Allahyarham dilahirkan dalam tahun 1947 dan meninggal dunia pada 13 Jun 1947 ketika berusia 60 tahun. Beberapa minggu yang lalu, pada 13 Jun 2009, genaplah 62 tahun Allahyarham kembali ke rahmatullah.

Gambar ini saya perolehi daripada Pilgrim Pass For Mecca milik Allahyarham yang kini berada dalam simpanan saya. Allahyarham meninggal dunia beberapa hari sebelum berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji.

Tak banyak maklumat tentang Allahyarham yang saya tahu. Sepanjang pengetahuan saya, Allahyarham dilahirkan di Kampung Gunong, Kedah dan menetap di Kampung Permatang, Mukim Gunong. Keturunan Allahyarham dikatakan berasal dari Perak. Allahyarham juga mempunyai ramai saudara mara di Juru, Pulau Pinang.

Allahyarham mendirikan rumahtangga dengan Hambiah binti Junus dan dikurniakan 4 orang anak iaitu Aishah (Tok Wa Cah), Abdullah (Tok Lang Haji Lah), Saad (datuk saya) dan Mat Akhir (Tok Cik). Kesemua anak Allahyarham telah meninggal dunia termasuk datuk saya yang kembali ke rahmatullah pada 1 September 1992.



Sunday, June 21, 2009

SOLDADU MERAH




Saya ingin memohon maaf kerana dah lama tak update blog. Kesibukan shooting dan ditambah pulak dengan 'kerja' baru membuatkan saya kekurangan masa. Buat masa sekarang, selain Gerak Khas, saya juga terlibat dengan drama Soldadu Merah (sebelum ini dikenali sebagai 1975). Dalam masa yang sama saya perlu menyiapkan dua buah buku.

Soldadu Merah terbitan Nusantara Seni Karya (NSK) dan diarahkan oleh Dinesh Samby. Drama lapan episod ini adalah diilhamkan daripada peristiwa Bangunan AIA ditawan oleh Tentera Merah Jepun (JRA) pada 4 Ogos 1975.

Antara pelakon yang menjayakan drama ini termasuklah Datuk Jalaludin Hassan sebagai Tan Sri Shahabudin, Shaharudin Thamby (Datuk Seri Sofian Yunus), Farid Amirul Hisham (Keisuke Murata), Azhar Sulaiman (Dr Rashidi), Zack Taipan, Khai AF, Angeline Tan dan ramai lagi.