Monday, November 17, 2008

BASIKALKU LAKONAN PERTAMA



Anak-anak saya hampir tak kenal siapa orang di dalam gambar ini.Terlalu jauh berbeza. Waktu itu umur saya 23 tahun. Tengah muda remaja. BASIKALKU adalah drama TV pertama saya. Skrip karya Mansor Puteh dan diarahkan oleh Adman Salleh.

BASIKALKU juga drama pertama yang mengisi slot Cerekarama TV3. Pada waktu itu TV3 hanya dapat ditonton di Lembah Kelang dan Ipoh. Antara pelakon lain yang terlibat dalam drama tersebut termasuklah Allahyarham Faridah Abdullah, Sani Sudin, Allahyarham Nasir Ali dan Allahyarham Yusof Akib.

Sebagai pelakon baru saya bersyukur kerana 'ditangani' oleh Adman. Walaupun penggambarannya memenatkan, tapi ternyata hasilnya memuaskan. Garang Adman membentuk disiplin saya, cerewet Adman membuka minda saya. Terima kasih Adman.

2 comments:

daroll said...

teringat zaman dulu2...sluaq tu yg mahai tu...heheh...org kedah kata "SELUAQ KATOQ" hehehehe...la ni dah tak dak dah budak2 pakai seluaq katoq...

uncle gedek said...

Salam bro! Gua maseh ingat cerita tu.... sebab tu orang panggil lu "Zul Basikal" Kan?

Lama tak selisih dengan lu kat masjid bandar tun razak?