Monday, December 15, 2008

KINTA





Filem Kinta sedang ditayangkan di pawagam di seluruh negara. Kalau ada masa jemputlah menonton. KINTA adalah filem kantonis tempatan. Diterbitkan oleh Blackbox Pictures dan diarahkan oleh CLHor.

Antara pelakon yang membintangi KINTA adalah Juara Wusyu Dunia Ho Ro Bin, Juara Wusyu Kebangsaan, Michael Chin, Kuan Fei Jun dan Shawn Lee serta Juara Taici dari Beijing David Bao. Turut berlakon adalah Patrick Teoh, Anita Kwan dan ramai lagi. Saya turut diberi kesempatan untuk memegang watak Penghulu Tok Mat yang menyelamat serta merawat 4 hero yang cedera.
Zulkifli Ismail bersama Ho Ro Bin, Juara Wusyu Dunia dan pelakon utama KINTA

Walaupun wataknya kecil tapi cukup bermakna. Berikut saya petik komen Rachel Chan mengenai watak saya.

Nevertheless, there are interesting points which deserve to be plucked. Among these are Penghulu Tok Mat and his band of brothers who provide refuge for the wounded heroes after they are betrayed by the evil tycoon, an uncommon factor in kungfu films. Where else can you get a Penghulu in a wuxia yarn? For it is where our Malay friends come in that the heroes learn a new skill in addition to kungfu, which is how to use a "damak".

2 comments:

rusliesophian said...

Saya akan ajak kawan2 nonton filem ini nanti.

asalbayu said...

Tahniah. Kalau nak tahu, aku ada tulis sebuah skrip drama pentas berjudul SENGKETA MENGUNDANG PADAH. Kisah campurtangan Daeng Parani dan empat orang saudaranya dalam perebutan takhta di Kedah. Skrip ditulis berdasarkan kertas kerja Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali, Pensyarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya. Daeng Parani dan saudaranya dua kali membantu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'azam Shah merebut kembali takhta daripada sudara tirinya, Raja Nambang yang dibantu oleh Raja Kechil dari Siak. Sultan Muhammad Jiwa berjanji membayar 15 bahara emas, tetapi hanya dapat membayar 3 bahara sahaja. Daeng Parani telah berkahwin dengan salah seorang Kerabat DiRaja Kedah. Dengan tipu helah Raja Kechil yang telah berjaya ditewaskan, Daeng Parani telah terkorban setelah ditembak dan jenazahnya dimakamkan di Kampung Ekor Lubok, Sidam Kiri dekat Sungai Petani.