Sunday, December 6, 2009

KEDAH - TANAH TUMPAH DARAHKU

TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT BERMAIN. Walaupun lebih 25 tahun berada di perantauan, saya tetap tidak melupakan negeri kelahiran saya, Kedah Darul Aman. Kampung Sematang Gunung, Alor Janggus, Gunung Keriang dan bandar Alor Setar tetap dalam ingatan saya.

Gambar-gambar klasik pemandangan bandar Alor Setar yang saya jumpa di laman Memori Kedah segera menggamit nostalgia. Saya bukan saja ingin kembali ke tempat itu, malah kalau boleh ingin kembali ke zaman itu.

PEKAN RABU



Setiap kali mengikut nenek ke Alor Setar, pasti akan singgah di Pekan Rabu.

PANGGUNG EMPIRE



Tempat saya menonton filem Hindustan. Filem terakhir yang saya tonton di sini ialah QURBANI lakonan Zeenat Aman dan Feroz Khan.

SPU DAN STADIUM DATO' SYED OMAR.



SPU (Syarikat Perniagaan Utara) adalah tempat saya menunggu bas. Ia terletak bersebelahan dengan Stadium Dato' Syed Omar. Saya selalu ke sini untuk menonton pertandingan badminton atau sepaktakraw. Di sini juga selalu diadakan pesta buku. Gambar di atas diambil ketika SPU belum wujud. Yang kelihatan hanyalah Stadium Dato' Syed Omar.

Stadium tu pun dah tak ada lagi. Di tapak itulah sekarang terletaknya Hotel City Villa.

5 comments:

donmny said...

... sepanjang jalan kenangan, tentunya.

Zampeada said...

cam tu ka rupa pekan rabu? aiyo... comel jek. tak mcm skrg yg sarat.

Kak Teh said...

Terima kasih kerana mengongsi gambar2 lama yang membawa kembali kenangan2 lama, terutama sekali bagi saya yang jauh.

Pekan Rabu tu satu tempat wajib dilawati kalau balik. Panggung empire pulak, pak dok bawa masa kecik tengok wayang tapi tak selalu sebab panggung wayang tu berbau macam2!

Naz in Norway said...

Salam Zul,
Saya menjengok atas saranan Kak Teh :)
Dah lama mencari gambar-gambar lama Pekan Rabu dan persekitarannya. Terutamanya kedai kedai khemah di seberang jalan tu...yg jual minyak kambing gurun, kitab kitab dsbnya.

Stadium Syed Omar sejak dipindahkan ke lokasi baru, terus malap :(

Oh yes! saya pun anak Kedah di perantauan :)

Eta LaZiM said...

Stadium Syed Omar? bukan Dewan Syed Omar ka? maaf kalau tersilap teka.. :D