Tuesday, September 28, 2010

SEKOLAH INGGERIS GUNONG



Inilah sekolah pertama saya. Dulu dikenali sebagai Sekolah Rendah Inggeris Gunong, sekarang ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan SRI Gunong. Perkataan SRI adalah singkatan kepada Sekolah Rendah Inggeris. Sebab itulah ejaannya SRI dan bukannya SERI.

Saya belajar di sini mulai tahun 1970 hingga 1975. Dah 35 tahun saya meninggalkan SRI Gunong.Setiap kali balik kampung saya pasti akan melintasi sekolah ini kerana ia terletak di jalan utama ke rumah arwah ayah saya.Setiap kali melewati SRI Gunong, seluruh jiwa dan fikiran saya akan melayang jauh ke zaman silam.

Hati saya dicengkam rindu yang amat sangat. Rindukan kawan-kawan, rindukan guru-guru dan rindukan zaman kanak-kanak.Banyak peristiwa pahit dan manis berlaku sepanjang 6 tahun berada di sekolah ini. Dari cerita lucu Prepan berak dalam seluar hingga cerita sedih Sabariah mati dilanggar kereta di hadapan sekolah. Semuanya segar dalam ingatan.

6 comments:

mohd erwan said...

rindu yg teramat sangat bila terpandang terkenang setiap detik2 silam sayu hati...sekolahku

asalbayu said...

Tahniah kerana akhirnya menerima BKM daipada Tuanku Sultan Kedah.

MUHAMMAD NAJMI NA'IMULLAH RAHIM said...
This comment has been removed by the author.
tOksiak said...

hahaha...nmpaknya kita ada persamaan dari segi perasaan dan kenangan...sama la mcm sy..kalau balik kampung mesti lalu situ..kenangan bersama bas Gunong time p pekan ja la...sy pun lalu depan sekolah rendah sy jugak..tp sekolah kebangsaan seri muda, alor biak...sayu sungguh la kan.....syahdu....

http://kubang-sepat.blogspot.com
http://toksiak-berkata.blogspot.com
http://toksiak-reputs.blogspot.com

eima said...

org kg saya ke ni ... pesal tak penah tau pun ....kg sy kat alor gunchar ...masuk kot tgh bendang yg ade sign PAS tu...

Unknown said...

Saya terbaca tulisan tuan.Rasa bangga kerana walaupun tuan sudah jauh berjaya namun SK SRI GUNONG masih tetap terpahat kuat dalam rindu hati tuan. Saya adalah GURU BESAR SK SRI GUNONG sekarang . Besar hati saya jika tuan sudi menjengok kami di sini dan menyertai PERSATUAN ALUMNI SKSG yang baru ditubuhkan tahun ini. Untuk makluman alumni sksgakan adakan MESYUARAT AGONG PERTAMA nya pada 29.10.2016 (sabtu) nanti.Ajaklah seberapa ramai bekas pelajar SKSG yang tuan kenal untuk menyertai persatuan ini. Setelah kita berjaya dan menikmatuan i kenangan indah di sini, apa salahnya kita beri peluang anak-anak kecil di sini pula merasakannya.

Semoga kasih yang kami hulur disambut mesra.

maklumat lanjut tuan boleh lah hubungi talian 04-7343844 @ talian personal GB- 012- 5451764 PN HJH SITI HASANAH ISMAIL.