Thursday, March 5, 2009

TELEMOVIE PENUNGGU

Telemovie PENUNGGU akan ditayangkan di Astro tak lama lagi. PENUNGGU diterbitkan oleh Nusantara Seni Karya (NSK) dan diarahkan oleh Dinesh Samby (pengarah Bawang Putih Bawang Merah). Antara pelakon yang menjayakan telemovie ini termasuklah Roy Azman, Ozlyn Wati dan Nadia Kesumawati.

PENUNGGU adalah cerita seram. Ia berkisar mengenai misteri kematian seorang novelis terkemuka Zulaikha Amir (Nadia Kesumawati). Zahar (Roy Azman), rakannya yang juga seorang novelis berminat untuk menyiasat dan menulis cerita di sebalik kematian Zulaikha. Encik Jamal (saya le tu), pemilik syarikat penerbitan yang banyak meneribitkan karya-karya Zulaikha dan Zahar sebelum ini tidak bersetuju dengan hasrat Zahar.

Zahar membawa isteri dan anaknya tinggal di rumah Zulaikha untuk membongkar misteri kematiannya.Sepanjang beberapa hari di rumah tersebut, berbagai peristiwa yang menyeramkan berlaku.

Siapa sebenarnya yang membunuh Zulaikha? Nantikan siarannya di Astro. Yang pasti...PENUNGGU akan menghantui kaca TV anda.....

6 comments:

AbnormalSuam said...

kena tengok ka? Aku takut jadi macam Congkak saja... mula-mula saspen... habis intro saja, aku dah tidoq... dah empat kali aku tengok, empat kali juga aku tak pernah dapat tengok sampai abis, asyik tidoq saja.

tapi pelik gak, kalu aku tengok cerita hantu siam, boleh pulak terjegil-jegil biji mata aku...

hang ada punca dak, pasai apa penyakit lagu tu singgah kat mana aku?

hehehehehe....

w a k a r a d e s i g n said...

salam zul.
aku jumpak blog hang ni dari encik usu azha.
hang pa habag?
eh..hang kenai aku lagi ka?
hehe..

asalbayu said...

Aku tengah usahakan penulisan skrip drama pentas berbentuk purba mungkin Kumpulan Bangsawan Seri Kedah (KBSK) akan realisasikan pementasannya. Kisahnya berkisar tentang perjuangan Tengku Muhammad Saad mengusir pemerintah Siam dari Kedah. Tajuk yang diberi DEMI BUMI TERCINTA. Aku juga dah jadi salah seorang AJK KBSK. Haji MZ Halim Hassan juga dah joint KBSK. Skrip aku bertajuk SENGKETA MENGUNDANG PADAH tu juga barangkali akan direalisasikan pementasannya kalau tak tahun ini (2009) tahun depan. Salam.

Gergathi said...

Salam Tuan Zul,

Selamat hari raya.. Apa khabar, moga sihat2 & berbahagia di samping keluarga..

Sahabat dari fb.

mohd fadzlee mohd said...

Salam tuan zul
Cerita ni baru je abis tengok td(2.45 pagi 17jan 2016)...hahaha

Ingatkan nak cari ozlyn wati td last2 terjumpak blog ni...serius best citer tuh...respect betul...jalan cerita hebat sangat...saling berkait...

Cuma ending dia ja xfaham sikit...anak dia tu ikut ke atau memang duduk kat rumah sebelum kemalangan maut tu?

mohd fadzlee mohd said...

Salam tuan zul
Cerita ni baru je abis tengok td(2.45 pagi 17jan 2016)...hahaha

Ingatkan nak cari ozlyn wati td last2 terjumpak blog ni...serius best citer tuh...respect betul...jalan cerita hebat sangat...saling berkait...

Cuma ending dia ja xfaham sikit...anak dia tu ikut ke atau memang duduk kat rumah sebelum kemalangan maut tu?