Sunday, June 21, 2009

SOLDADU MERAH




Saya ingin memohon maaf kerana dah lama tak update blog. Kesibukan shooting dan ditambah pulak dengan 'kerja' baru membuatkan saya kekurangan masa. Buat masa sekarang, selain Gerak Khas, saya juga terlibat dengan drama Soldadu Merah (sebelum ini dikenali sebagai 1975). Dalam masa yang sama saya perlu menyiapkan dua buah buku.

Soldadu Merah terbitan Nusantara Seni Karya (NSK) dan diarahkan oleh Dinesh Samby. Drama lapan episod ini adalah diilhamkan daripada peristiwa Bangunan AIA ditawan oleh Tentera Merah Jepun (JRA) pada 4 Ogos 1975.

Antara pelakon yang menjayakan drama ini termasuklah Datuk Jalaludin Hassan sebagai Tan Sri Shahabudin, Shaharudin Thamby (Datuk Seri Sofian Yunus), Farid Amirul Hisham (Keisuke Murata), Azhar Sulaiman (Dr Rashidi), Zack Taipan, Khai AF, Angeline Tan dan ramai lagi.

3 comments:

wakaradesign said...

salam zul.
patut la aku tengok lama sunggoh hang tak update blog ni.
banyak job rupanya..hehe..

edolah said...

salam hero 'basikalku',
sibuk betull... telefon pun dah tak sempat menjawab!
macam mana, pindah ke saujana jangan lupa buat kenduri naik rumah, gua boleh baca sajak...

asalbayu said...

Tahniah. Nampaknya rezeki hang dah bertambah di alaf baru ni. Kumpulan Bangsawan Seri Kedah (KBSK) pimpinan Pak Morad la ni tengah berlatih MAHSURI. Kalau tak ada aral akan dipentaskan di Panggung Bandaraya KL bulan oktober akan datang. Aku yang 'ditarik' duduk dalam barisan AJK kalau kesihatan mengizinkan boleh jadi akan ikut serta ke sana. Lepas tu KBSK cadang nak realisasikan skrip aku berjudul SENGKETA MENGUNDANG PADAH iaitu kisah campurtangan Daeng Parani dengan 4 orang saudaranya di Kedah.