Friday, July 24, 2009
PENGALAMAN BERLAKON SEBAGAI PEREMPUAN
Ramai kawan-kawan dan peminat masih bertanya tentang lakonan saya sebagai perempuan, walaupun drama tu ditayangkan di tv kira-kira 20 tahun lalu. Mungkin kerana saya adalah diantara artis lelaki Malaysia yang paling awal melakonkan watak perempuan. Malah lebih awal daripada Dustin Hoffman yang berlakon sebagai perempuan dalam Tootsie.
Tajuk drama tu PENGASUH. Pengarahnya AB AMKAH dan diterbitkan oleh NR Productions. Pelakon-pelakon lain termasuklah TANTIANA HAMZAH, AIDA SALMAH, MEOR AHMAD ZAUDI, EFFA ISMAIL dan RADEN ZAIHAN (GHANI MARTOPO).
Dalam drama tersebut saya berlakon sebagai seorang pemuda bersama Zahid yang dah penat mencari kerja tetapi masih gagal. Pada suatu hari Zahid ternampak notis PEMBANTU RUMAH DIKEHENDAKI dan cuba memohon, tetapi malangnya, kata tuan rumah tu jawatan itu hanya untuk perempuan. Kata tuan rumah tu lagi (lakonan Aida Salmah), lelaki tak pandai jaga budak.
Zahid rasa tercabar. Keesokannya Zahid datang lagi ke rumah tu, tetapi kali ini, dia menyamar sebagai perempuan bernama Zahidah dan berjaya mendapat pekerjaaan tersebut. Zahid jatuh hati dengan orang gaji rumah sebelah (lakonan Tantiana) dan dalam masa yang sama suami tuan rumah (lakonan Meor Ahmat Zaudi) pula jatuh hati dan menggoda Zahidah.
Itu kali pertama saya berlakon sebagai perempuan dan ini pula kali kedua.
Kali ini untuk drama TAK LOGIK arahan Tony Francis Gitom terbitan KUASATEK PICTURES. Saya berlakon sebagai isteri dan Aida rahim sebagai suami. Bagaimanapun itu cuma untuk babak mimpi.
TAK LOGIK mengisahkan mengenai masalah yang timbul apabila gaji isteri jauh lebih tinggi daripada suami. Saya dan Aida Rahim adalah sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak istimewa. Memandangkan gaji saya lebih rendah, saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak. Setiap hari, Aida keluar ke pejabat dan saya akan melakukan semua kerja-kerja rumah, termasuk memasak, mengemas rumah dan membasuh pakaian.
Sebagai seorang wanita yang berjawatan tinggi, Aida sering balik lewat. Saya menunggunya di sofa sampai tertidur.Ketika itulah saya bermimpi. Dalam mimpi tersebut, saya merasakan rumahtangga kami dah terbalik. Seolah-olah saya ni isteri dan Aida suami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
lawa woooo..
hehe..
aku ingat cite pengasuh tue... hehe lama sungguh...rasanya mana ada tayang dah cite tue skrg
comeyla..tetiba terigat bro belakon cerita alin alien sofia(betul ker tajuk tu..??) dengn lily patra..cerita tu la paling best teringat sampai sekarang..masa tu kita kecik..blum g sekolah lagi..masa zaman tu bro paling hansem..ahaks...
masa kecik gak penah belakon teater kat depan agong masa tu kat stadium negara.. pasal anak2 kene dera..bro yg jadi pengarah..tu sume kenangan..kan best leh g balik kezaman dolu2...good luck..
salam...
bang drama yg paling saya ingt alen alien sofia...mmg tu masa tu abanglah hero malaya...x sekolah g time tue...mintaklah rtm ulang tyg drama tue...abg ada copy tak? nak sgt tgk citer tue...pepun truskan kerjaya abg...smoga abg trus brjaya......
harap mana2 siaran televisyen dpt ulang cite ellen alien sofia... dulu siap rakam pakai video type. lawak yg mulus cite tu...
Kak Aida Salmah dan Effa adalah my neighbor sekarang. We lived in the same building at Selayang. Both are very friendly and looks like both are very close to each other. Maybe best if I share you blogs to them about this drama and see should they still can remember it
harap sgt televisyen dapat ulang semula cerita alen alien sofia lakonan abg zulkefli dgn lily patra.. cari kat youtube xde la..suka sgt cerita tu..please...
Post a Comment