Tuesday, September 28, 2010

TERTAWAN





Setelah sekian lama 'hilang' dari dunia seni, kini pengarah Baharuddin Kader kembali Produk terbarunya drama 13 episod TERTAWAN akan menemui penonton tidak lama lagi. TERTAWAN sebuah cerita korporat yang lain dari yang lain.

Terima kasih Baharuddin kerana memberikan saya peluang untuk turut serta dalam drama ini. Kali terakhir saya berlakon di bawah arahan Baharuddin adalah drama Allen Allien Sofian kira-kira 20 tahu lalu.

Dalam TERTAWAN saya berlakon sebagai Datuk Deraman Akil yang mempunyai seorang anak gadis bernama Kathy. Datuk Deraman seorang yang kuat membaca dan mempunyai pegangan falsafah yang kuat.

TERTAWAN dibintangi oleh Eman Manan, Faizal Hussain, Mardiana Alwi, Atya, Wak Rozaidi dan ramai lagi.



Apa yang menariknya, dalam drama ini saya terpaksa menari tango. Tak tahulah macam mana rupanya orang tua menarik tango.

2 comments:

azienmat said...

Semoga meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton..

Cucu Tok Derga said...

Dunia semakin sempit. Akhirnya dapat juga bertemu dengan kenalan lama walaupun di ruang maya. Saya tumpang berbangga dengan kejayaan anda. Dan semoga anda terus berjaya!
Salam!
Shaidun Haji Shaari