
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez (tengah) dan ahli jawatankuasa Seniman, Zulkifli Ismail (kanan) memerhatikan Penolong Pengarah Komunikasi Korporat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Mohd Fazli Abd Aziz menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 di bawah Skim Belaan Artis dan Karyawan Seni 2009 kepada pelakon komedi era 70an, Nuruk Kamal Mohd Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Kamal Pendek di Rumah Persatuan Orang-Orang Kerdil.
Sumbangan itu disalurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Skim Belaan Artis dan Karyawan Seni 2009. Beliau memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM20,000 untuk menampung kos rawatan akibat sakit tulang belakang sejak tiga tahun lepas.
Gambar credit to BERNAMA
DIPETIK DARI THE STAR

Veteran comedian needs help
Freddie Fernandez (standing left), Malaysian Artistes’ Association (Karyawan) president and committee member Zulkifli Ismail helping comedian Nurul Kamal Mohd Sidek to his feet yesterday.
The association came forward to donate RM10,000 to Kamal’s cause.
Kamal, or better known as Kamal Pendek, was a household name back in the 70s, but these days his main concern is having enough cash in his pocket to pay for his medical treatment.
Kamal, who is suffering from a chronic spinal cord problem, is in need of financial aid to help pay for his hefty medical bills. —Bernama
Friday, July 24, 2009
PENGALAMAN BERLAKON SEBAGAI PEREMPUAN


Ramai kawan-kawan dan peminat masih bertanya tentang lakonan saya sebagai perempuan, walaupun drama tu ditayangkan di tv kira-kira 20 tahun lalu. Mungkin kerana saya adalah diantara artis lelaki Malaysia yang paling awal melakonkan watak perempuan. Malah lebih awal daripada Dustin Hoffman yang berlakon sebagai perempuan dalam Tootsie.
Tajuk drama tu PENGASUH. Pengarahnya AB AMKAH dan diterbitkan oleh NR Productions. Pelakon-pelakon lain termasuklah TANTIANA HAMZAH, AIDA SALMAH, MEOR AHMAD ZAUDI, EFFA ISMAIL dan RADEN ZAIHAN (GHANI MARTOPO).
Dalam drama tersebut saya berlakon sebagai seorang pemuda bersama Zahid yang dah penat mencari kerja tetapi masih gagal. Pada suatu hari Zahid ternampak notis PEMBANTU RUMAH DIKEHENDAKI dan cuba memohon, tetapi malangnya, kata tuan rumah tu jawatan itu hanya untuk perempuan. Kata tuan rumah tu lagi (lakonan Aida Salmah), lelaki tak pandai jaga budak.
Zahid rasa tercabar. Keesokannya Zahid datang lagi ke rumah tu, tetapi kali ini, dia menyamar sebagai perempuan bernama Zahidah dan berjaya mendapat pekerjaaan tersebut. Zahid jatuh hati dengan orang gaji rumah sebelah (lakonan Tantiana) dan dalam masa yang sama suami tuan rumah (lakonan Meor Ahmat Zaudi) pula jatuh hati dan menggoda Zahidah.
Itu kali pertama saya berlakon sebagai perempuan dan ini pula kali kedua.

Kali ini untuk drama TAK LOGIK arahan Tony Francis Gitom terbitan KUASATEK PICTURES. Saya berlakon sebagai isteri dan Aida rahim sebagai suami. Bagaimanapun itu cuma untuk babak mimpi.
TAK LOGIK mengisahkan mengenai masalah yang timbul apabila gaji isteri jauh lebih tinggi daripada suami. Saya dan Aida Rahim adalah sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak istimewa. Memandangkan gaji saya lebih rendah, saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak. Setiap hari, Aida keluar ke pejabat dan saya akan melakukan semua kerja-kerja rumah, termasuk memasak, mengemas rumah dan membasuh pakaian.
Sebagai seorang wanita yang berjawatan tinggi, Aida sering balik lewat. Saya menunggunya di sofa sampai tertidur.Ketika itulah saya bermimpi. Dalam mimpi tersebut, saya merasakan rumahtangga kami dah terbalik. Seolah-olah saya ni isteri dan Aida suami.
Thursday, July 9, 2009
MENGENANG TOK ITAM - MOYANG SAYA
(1887 - 1947)
Gambar ini saya perolehi daripada Pilgrim Pass For Mecca milik Allahyarham yang kini berada dalam simpanan saya. Allahyarham meninggal dunia beberapa hari sebelum berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji.
Tak banyak maklumat tentang Allahyarham yang saya tahu. Sepanjang pengetahuan saya, Allahyarham dilahirkan di Kampung Gunong, Kedah dan menetap di Kampung Permatang, Mukim Gunong. Keturunan Allahyarham dikatakan berasal dari Perak. Allahyarham juga mempunyai ramai saudara mara di Juru, Pulau Pinang.
Allahyarham mendirikan rumahtangga dengan Hambiah binti Junus dan dikurniakan 4 orang anak iaitu Aishah (Tok Wa Cah), Abdullah (Tok Lang Haji Lah), Saad (datuk saya) dan Mat Akhir (Tok Cik). Kesemua anak Allahyarham telah meninggal dunia termasuk datuk saya yang kembali ke rahmatullah pada 1 September 1992.
Sunday, June 21, 2009
SOLDADU MERAH
Saya ingin memohon maaf kerana dah lama tak update blog. Kesibukan shooting dan ditambah pulak dengan 'kerja' baru membuatkan saya kekurangan masa. Buat masa sekarang, selain Gerak Khas, saya juga terlibat dengan drama Soldadu Merah (sebelum ini dikenali sebagai 1975). Dalam masa yang sama saya perlu menyiapkan dua buah buku.
Soldadu Merah terbitan Nusantara Seni Karya (NSK) dan diarahkan oleh Dinesh Samby. Drama lapan episod ini adalah diilhamkan daripada peristiwa Bangunan AIA ditawan oleh Tentera Merah Jepun (JRA) pada 4 Ogos 1975.
Antara pelakon yang menjayakan drama ini termasuklah Datuk Jalaludin Hassan sebagai Tan Sri Shahabudin, Shaharudin Thamby (Datuk Seri Sofian Yunus), Farid Amirul Hisham (Keisuke Murata), Azhar Sulaiman (Dr Rashidi), Zack Taipan, Khai AF, Angeline Tan dan ramai lagi.
Thursday, March 5, 2009
TELEMOVIE PENUNGGU
PENUNGGU adalah cerita seram. Ia berkisar mengenai misteri kematian seorang novelis terkemuka Zulaikha Amir (Nadia Kesumawati). Zahar (Roy Azman), rakannya yang juga seorang novelis berminat untuk menyiasat dan menulis cerita di sebalik kematian Zulaikha. Encik Jamal (saya le tu), pemilik syarikat penerbitan yang banyak meneribitkan karya-karya Zulaikha dan Zahar sebelum ini tidak bersetuju dengan hasrat Zahar.
Zahar membawa isteri dan anaknya tinggal di rumah Zulaikha untuk membongkar misteri kematiannya.Sepanjang beberapa hari di rumah tersebut, berbagai peristiwa yang menyeramkan berlaku.
Siapa sebenarnya yang membunuh Zulaikha? Nantikan siarannya di Astro. Yang pasti...PENUNGGU akan menghantui kaca TV anda.....
Monday, February 16, 2009
HAQ
Saya akan memulakan penggambaran pada 21 februari nanti di Sabak Bernam, Selangor. Filem ini mengisahkan mengenai Haq dan bad yang mewarisi kuasa Haji Ibrahim. Haq menggunakannya ke arah kebaikan, tetapi Bad menggunakan kuasanya ke arah jalan yang salah.
Ini adalah kali kedua saya bekerja dengan CL Hor, selepas KINTA.
Wednesday, January 7, 2009
TERINGAT BUBUR ASYURA
Sewaktu zaman kanak-kanak, saya dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang untuk sama-sama meraikan Hari Asyura. Kami akan turut menyibuk bersama-sama orang dewasa. Apabila bubur hampir masak, kami akan berlumba-lumba berkumpul di sekeliling kawah kerana tak sabar nak menikmati keenakannya.Bubur Asyura sedap dimakan sewaktu masih cair.
Kami kena bawa mangkuk sendiri. Tapi bagi kanak-kanak seperti saya, kami jarang membawa mangkuk, sebaliknya tempurung kelapa, daun pisang atau daun keladi dijadikan bekas untuk mengisi bubur asyura. kalau lambat tak berpeluang merasa bubur yang masih cair. tapi awas, salah hemat, boleh melecur lidah.
Bubur Asyura dibuat bagi mengenang peristiwa Nabi Nuh AS dan pengikut baginda yang selamat berlabuh di Bukit Juudi selepas mengharungi banjir besar. Pada waktu itu, semua bahan makanan hampir habis. Nabi Nuh mengarahkan pengikutnya supaya semua bahan-bahan yang masih tinggal dikumpul dan dimasak. Maka jadilah bubur asyura.
Sebenarnya, dalam sejarah Islam banyak peristiwa penting berlaku pada 10 Muharram. Antaranya:
- Allah SWT menjadikan ’Arasy;
- Allah SWT menjadikan Lauh Mahfuzh;
- Allah SWT menjadikan Qalam;
- Allah SWT menciptakan alam;
- Hari pertama Allah SWT menurunkan rahmat;
- Hari pertama Allah SWT menurunkan hujan dari langit;
- Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril;
- Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah SWT dan taubatnya diterima sehingga dia bersih dari segala dosa dan kesalahan;
- Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah SWT ke langit;
- Nabi Nuh a.s. berlabuh bahteranya setelah mengharungi banjir yang melanda bumi selama 6 bulan;
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan dari api Raja Namrud;
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk beberapa tahun akibat fitnah Zulaikha;
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun setelah berada dalam perutnya selama 40 hari;
- Nabi Daud a.s. diampuni Allah SWT;
- Nabi ’Isa a.s. dinaikkan kelangit sewaktu dikejar kaum pelampau Yahudi yang ingin membunuhnya;
- Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya, dengan membelahkan Laut Merah sebagai laluan untuk melepaskan dari dikejar oleh Fir’aun dan bala tenteranya;
- Allah SWT menurunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.;
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan dengan sebuah kerajaan yang besar;